Monday, 28 November 2011

Hidayah Allah

Salamun Alaik, Ya Ukhti 'wa' Akhi sekalian :))

Hari ini saya ingin mencerita tajuk tentang hidayah Allah. Hidayah Allah terbahagi kepada lima, iaitu;

:Hidayah al-Wijdan at-Tabie’i
:yang bererti petunjuk yang timbul daripada perasaan mengikut tabiat semenjak lahir ke dunia seperti lapar, dahaga, panas, sejuk, sakit dan lainnya. 


: Hidayah al-Hawas 

: iaitu petunjuk pancaindera yang lima iaitu mata, hidung, telinga, lidah dan kulit. Petunjuk yang terhasil daripada rangsangan pancaindera ini memang perlu bagi keselamatan diri manusia dalam menjauhi sesuatu yanhg membahayakan serta menimbulkan perasaan untuk mendekati sesuatu yang memberi manfaat kepada diri.

:Hidayah al-’Aqal :
: iaitu petunjuk berasaskan akal iaitu suatu alat yang dianugerahkan oleh Allah sebagai penimbang dan memikirkan sesuatu yang disampaikan oleh rangsangan pancaindera.

: Hidayah ad-Diin :
:iaitu petunjuk dari langit yang dinamakan agama yang bererti peraturan yang diturunkan oleh Allah untuk keselamatan dan kebahagiaan hidup manusia

:Hidayah Taufiq: 
:iaitu pemberian petunjuk berserta dengan anugerah kemahuan dan kesanggupan dalam diri untuk berbuat segala sesuatu yang membawa kepada keselamatan dan kebahagiaan hidup dunia dan akhirat.

Sebenarnya, saya copypaste sahaja. Tapi, harap-harap anda dapat membacanya kerana saya telah memendekkannya.. Tak salahkan baca sesuatu yang memberikan faedah kepada kita kan?? Hehe.
Wallahu A'alam.. Senyum! Jangan tak senyum, bersyukur Allah telah memberikan hidayah kepadamu.

Always keep Allah near your heart <3




No comments:

Post a Comment