Tuesday, 15 November 2011

Ciri-ciri Wanita Syurga..

Salamun Alaik.. bloggerpeeps :)

Sini saya ada sedikit ilmu yang nak di-share pada anda semua. Sikit je pun. Tapi harap bagi kesan yang mendalam pada semua especially, muslimah di luar sana. Hehehe.. 15 Ciri Wanita Syurga.

Yang pertama, dia mestilah BERTAQWA.. Of course-laa, mesti bertaqwa.. sebaik-baik kamu adalah yang bertaqwa....
Yang kedua, dia mestilah beriman kepada Allah, Malaikat, Rasul, Hari Kiamat dengan Qadak dan Qadar tak kira baik atau buruk..
Yang ketiga, dia perlulah bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan Nabi Muhammad S.A.W adalah pesuruh Allah, mendirikan solat, membayar zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan menunaikan fardhu Haji kalau sudah berkemampuan..
Yang keempat..dia mestilah seorang yang mempunyai sifat IHSAN, iaitu beribadah seakan-akan melihat Allah..ataupun, dia merasa akan ada Allah yang sentiasa akan melihat dia.
Ciri yang kelima pula, dia ikhlas kerana Allah. Bukan kerana nak tunjuk-menunjuk, tapi kerana takut kepada Allah, azab seksa,  mengharapkan kasih sayang dan rahmat daripada Allah Ta'ala.
Yang keenam..dia suka dan gemar membaca kitab Allah, berzikir, mengingati Allah ketika susah mahupun senang dan sentiasa mensyukuri nikmat Allah disamping berdoa selalu..
Yang ketujuh, wanita syurga sentiasa mengamalkan 'Amar Makruf, Nahi Mungkar'..
Ciri yang kelapan adalah sentiasa berbuat baik kepada keluarga, jiran tetangga, anak yatim, fakir miskin, semua makhluk, dan binatang yang dimilik..
Yang kesembilan...menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya..
Yang kesepuluh adalah..dia seorang yang adil terhadap semua makhluk
Yang kesebelas..dia menjaga lisannya daripada perkataan dusta, saksi-saksi palsu dan menceritakan aib-aib orang lain..
Yang ke-12, dia sentiasa berbakti kepada kedua ibubapanya dan yang terakhir..teng..teng..teng......sentiasa menjaga maruah dirinya selain drpd silaturahimnya dengan orang lain..

Itu sahaja.. saya harap dapat ubah jadi contoh-contoh begini..step-by-step, it sure makes a lot of difference.. Hehe, Wassalam :)

No comments:

Post a Comment