Sunday, 9 October 2011

Ujian Allah terhadapku :)

Salamun Alaik, wahai teman bloggersKu :)

Apa khabar semua? Hari ini saya tak de mood nak bercerita dalam BI jadi saya tukar pergi BM. haha. Tajuk post saya pada hari ini adalah :- Ujian Allah :)
Beberapa minggu Allah mengujiku dengan sebuah 'infection' di muka. Saya berasa sungguh marah dan hiba disebabkan perkara ini. Tetiba baru ku ingat, bahawa Allah tidak akan menguji hambaNya dengan perkara yang dia tidak dapat menanggung. Astaghfirullah, itu cumalah sedikit penyakit, ini belum lagi sakit seperti orang yang menghadapi kanser. Ya Allah, ampunilah hambaMu ini. Teringat saya kepada kisah orang Palestine yang umiku ceritakan kepadaku beberapa bulan yang lalu. Siapa percaya bahawa di Palestine langsung tidak ada peminta sedekah? Percaya ke tidak? Betapa hebatnya mereka bahawa di negara mereka langsung tidak ada peminta sedekah sedangkan nasib mereka sungguh malang? Mereka tahu, semua mempunyai masalah dan ujian yang sama, patut pun tak de yang nak minta. Hebat sungguh bangsa ini. Andai kata saya ini berbangsa Palestinian! Okai, balik kepada cerita. Aku berasa hiba kerana ada kawan-kawanku yang sanggup mengejekku. Apakah itu namanya kawan? Bukankah kawan itu pendamping kita ketika susah dan senang? Mereka sanggup!! Saya terkilan dengan ejekan mereka seperti Kudis Buta Girl, Muka Tebakar, Mami Kurap pun ada! Saya rasa macam nak bunuh mereka sahaja! Namun, apakan daya. Itulah namanya ujian. Ujianku tidaklah seteruk Rasulullah ketika ingin memperjuangkan Islam. Saya harap dengan ujian Allah ini dapat meningkatkan iman dan taqwa saya. Alhamdulilah, saya dikurniakan kawan yang betul-betul kawan. Saya amat sayangkan mereka. Mereka-lah yang bimbing saya agar tidak sedih. Ada di sisi ketika saya nangis, sanggup mengambil 'order' saya ketika saya tidak mahu ke Dewan Makan pada waktu tengahari dan rehat. Mereka jugalah kawan sedunia wa seakhiratku. Saya berasa sungguh malu dengan keadaan muka saya, saya tidak sanggup ke mana-mana. Nak ke surau pun malu, nak ke kelas pun malu, nak pergi balik asrama malu, nak pergi Dewan Makan lagilah malu. Saya tak suka bila ada orang tengok saya. Rasa nak cucuk je mata dorang. Kalau boleh jeling 360*. Haha. Apapun, kena tabah dan sabar. Mungkin Allah mengujiku kerana ingin melihat tahap kesabaran. Sebab saya ini mana pandai sabar. Tahap kesyukuran, tahap Iman dan Taqwa. Alhamdulilah, adakalanya saya dapat sabar namun ada juga masa saya mengalirkan air mata. Ya lah, siapa tidak sedih kalau muka macam kena mercun? Pedih sungguh rasanya apabila muka terkena matahari apatah lagi kena air. Itulah saya tidak suka ambil wudhu' kalau keadaan muka begini sebab dia terlampau pedih. Sebenarnya saya sudah boleh tayammum tapi saya tidak yakin dengan debu yang ada. Huhu. Okailah, itu sahaja yang dapat diceritakan buat masa kini. Lain kali jika ada kesempatan kita bercerita lagi. Sekian :)

P.s/ Sabar dan Tabah senantiasa :D

No comments:

Post a Comment